Tuesday, December 23, 2008

BERDOA UNTUK SAUDARA MUKMIN TANPA PENGETAHUANNYA ADALAH SATU AMALAN MULIA


Amalan berdoa merupakan suatu tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Banyak ayat-ayat Al-Quran mahupun hadith menyebut tentang galakan berdoa. Firman Allah SWT yang bermaksud : “dan Tuhanmu berfirman : berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu.” (al-Mu’min: 60). Firman-Nya lagi yang bermaksud : “berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendahkan diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas (tentang apa yang diminta dan cara meminta).” (al-A’raf : 55).

Manakala di antara petikan hadith yang menggalakkan amalan berdoa ialah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa itu ialah ibadat.” (Riwayat Bukhari). Hadith lain ialah Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud : “Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat, “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Justeru itu, pelbagai doa diajar oleh Rasulullah SAW untuk diamalkan sepanjang kehidupan manusia seawal bangun daripada tidur sehinggalah waktu untuk tidur semula. Begitu juga bacaan doa dalam menghadapi apa jua cabaran dan ujian hidup seseorang muslim dalam kehidupannya. Semua itu adalah benteng kekuatan individu itu sendiri melayari bahtera kehidupan sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Semoga setiap doa yang dipanjatkan akan dapat mengatasi segala permasalahan hidup dihadapi oleh setiap manusia.

Namun begitu Islam tidak hanya mengajar penyelesaian masalah secara bersendirian. Dalam konteks berdoa ini amat dianjurkan kepada individu muslim di samping berdoa untuk dirinya sendiri, berdoa untuk kesejahteraan orang lain juga sebagai tanda kesatuan ummah yang berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.

Semangat bantu membantu sesama muslim perlu dilaksanakan secara kolektif. Dalam sesebuah masyarakat, jika mampu menghulurkan bantuan menggunakan tenaga atau wang ringgit amatlah digalakkan, malah dalam suasana dunia yang kini tiada sempadannya, sumbangan tersebut masih tetap terlaksana. Justeru, jika tiada upaya menghulurkan bantuan dalam bentuk fizikal, maka di sinilah letaknya peranan doa sebagai salah satu jalan menyelesaikan permasalahan kaum muslimin lain walau dalam jarak yang teramat jauh.

Ini menjelaskan lagi nilai kesejagatan Islam yang tidak membatasi sempadan benua, warna kulit, bahasa pertuturan, budaya mahupun corak kehidupan. Benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, “barangsiapa yang tidak mengambil berat permasalahan orang Islam yang lain, maka dia bukan dari kalangan mereka”.

Sehubungan dengan itu, sebagai salah satu cara membantu orang Islam lain yang ditimpa kesusahan adalah dengan cara mendoakan kesejahteraan walaupun tanpa pengetahuan mereka. Amalan ini memang ada sandaran nas atau dalilnya. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud, “dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa : Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” ( al-Hasyr : 10).

Ayat ini menjelaskan tentang doa orang Muhajirin dan Ansar kepada saudara mereka yang terlebih dahulu beriman daripada mereka menunjukkan bahawa amalan berdoa kepada orang yang telah meninggal dunia adalah dibenarkan kerana jika ia dilarang sudah pasti ayat tersebut tidak termaktub di dalam kitab suci Al-Quran. Maka apabila doa tersebut dibolehkan, maka apatah lagi jika doa itu datangnya dari seorang anak yang soleh buat arwah kedua ibu bapa mereka yang telah meninggal dunia sudah pasti ianya dibenarkan juga.

Dalam satu ayat Al-Quran, Allah menukilkan doa yang dipanjatkan oleh Nabi Ibrahim yang bermaksud, “ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku, kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim: 41).

Manakala dalam ayat yang lain, Allah menukilkan pula doa Nabi Nuh yang bermaksud : “Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang-orang yang beriman baik lelaki mahupun perempuan, dan janganlah Engkau tambahkan lagi bagi orang-orang yang zalim itu selain dari kebinasaan.” (Nuh : 28).

Semua ayat yang dinyatakan di atas adalah contoh perbuatan mulia mendoakan kesejahteraan serta keampunan orang mukmin yang lain secara tidak berdepan dengan mereka, dalam keadaan orang yang didoakan itu tidak mengetahui doa itu dipanjatkan oleh orang lain untuknya.

Manakala petikan daripada hadith pula, daripada Abu Darda’ RA bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).

Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar RA, Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu).” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).

Berdasarkan pernyataan jelas dan terang daripada dalil naqli di atas menunjukkan bahawa doa bukanlah sebarang amal individu semata-mata tetapi ada kaitannya dengan kelangsungan hidup bersama saudara mukmin yang lain. Selain menjadi penghubung melalui komunikasi langsung hamba kepada Khaliqnya, tetapi ia juga penghubung silaturrahim di antara sesama muslim yang lain.

Inilah cantiknya Islam yang melangkaui batasan sempadan ras mahupun warna kulit dan keturunan serta perbezaan bahasa. Tidak semata-mata mutlak mendoakan orang yang dikenali, malah merentasi sempadan yang lebih global walau tanpa perkenalan secara formal, namun ia dihubungkan oleh Allah melalui ukhuwwah Islamiyyah dan yang menjadi terasnya ialah kesatuan akidah dan satu pegangan.

Justeru apabila diketahui sifat doa itu sebagai satu kaedah melepaskan bebanan dan kesengsaraan orang mukmin yang lain, sewajarnyalah rutin ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membantu kesusahan hidup manusia lain yang mungkin tidak mampu dibantu melalui sumbangan wang ringgit dan tenaga, tetapi cukuplah doa sebagai senjata, sekurang-kurangnya ia adalah tanda solidariti kemanusiaan sejagat. Amat tepatlah firman Allah SWT dan pernyataan sabdaan Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa orang mukmin itu bersaudara, saling kasih mengasihi antara satu sama lain, malah diibaratkan mereka itu seumpama satu jasad yang apabila sakit satu jasad, pasti anggota badan yang lain merasai sakitnya.

Sehubungan dengan itu juga, amat tidak wajar setiap individu muslim hanya mementingkan keadaan dirinya sahaja tanpa memikirkan nasib orang lain, walaupun saudaranya itu telah meninggal dunia. Hujah ini jugalah yang dipegang dalam membenarkan amalan bacaan doa kepada orang yang telah meninggal dunia dari sudut wajarnya bacaan doa itu dipanjatkan. Jika tidak masakan adanya sunah bacaan doa kepada orang mukmin yang telah meninggal dunia dalam solat jenazah.

Dalam mengerjakan solat jenazah, selepas takbir ketiga doa dibacakan untuk memohon kebaikan kepada si mati. Antara doa yang selalu dibaca ialah doa yang bermaksud : “Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia dan jauhilah dia daripada bala, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya (kubur), bersihkanlah dia dengan air, air salji dan air embun, bersihkanlah dia daripada dosa-dosanya seumpama baju putih yang bersih dari kotoran, gantikanlah rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya, masukkanlah dia ke dalam syurga, lindungilah dia daripada azab kubur dan siksa api neraka,” (Riwayat Muslim)

Dalam solat jenazah, Nabi SAW juga pernah memboca doa yang bermaksud : “Ya Allah, ampunilah orang-orang yang masih hidup dari kalangan kami yang sudah meninggal dunia, yang hadir mahupun yang ghaib, yang kecil mahupun yang besar, yang lelaki mahupun perempuan. Ya Allah, sesiapa di antara kami yang masih hidup ini, hidupkanlah dia dalam agama Islam dan sesiapa dari kalangan kami yang engkau matikan, maka matikanlah dia dalam iman.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

Sesungguhnya doa seorang anak yang soleh kepada arwah ibu bapanya yang telah meninggal dunia adalah satu amalan yang boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Hal ini berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah RA yang bermaksud : “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa dari anaknya yang soleh.” (Riwayat Muslim).

Apabila melalui tanah perkuburan, Nabi SAW mengajar umatnya berdoa memohon keampunan dan kesejahteraan buat ahli kubur. Antara doa yang diajar oleh Baginda ialah : “Salam atasmu wahai penduduk kampung daripada golongan mukminin dan muslimin, kami Insya-Allah akan mengikuti kamu. Kamu adalah pelopor kami dan kami akan menjadi pengikut kamu dan kami memohon kepada Allah agar kami dan kamu juga dilimpahi keselamatan oleh Allah.” (Riwayat Muslim). Nabi juga pernah berdoa dengan doa ini : “Salam sejahtera ke atas mu wahai ahli kubur, semoga Allah mengampunkan dosa kami dan dosa kamu, kamu adalah golongan perintis dan kami akan menuruti jejakmu.” (Riwayat Tirmidzi).

Berdasarkan kepada fakta yang telah dinyatakan, didapati bahawa doa-doa tersebut dibacakan buat mereka yang telah meninggal dunia dan menjadi bukti bahawa amalan tersebut ada manfaatnya kepada si mati. Jika tidak mendatangkan apa-apa manfaat sudah pasti Nabi SAW tidak menganjurkan perbuatan tersebut untuk dilakukan oleh orang-orang Islam. Doa yang dibaca oleh Nabi SAW adalah untuk membantu meringankan kesusahan dan kesengsaraan ahli kubur di alam barzakh. Dalam hal ini, Rasulullah SAW melakukannya bererti perbuatan ini bukanlah sia-sia, tetapi datang dari wahyu Allah sendiri.

Sebagai kesimpulan, indahnya ajaran Islam bukan sekadar amalan-amalan yang dilakukan secara fardi (untuk individu itu sendiri), tetapi mencakupi amalan secara jamaie (kolektif) supaya kerukunan dalam masyarakat dapat dijalinkan berlandaskan ajaran syariat supaya hidup sentiasa dalam keberkatan-Nya.

Oleh : Mohd Kamel bin Mat Salleh,

Pusat Pemurnian Akidah, Jakim

Majalah Cahaya Keluaran September-Oktober 2008

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, December 21, 2008

T.A.G


Assalamualaikum...w.b.t

Hari nie sempat jgk on9 ternet even kat umah semuanya pakat2 sibuk dengan preparation walimah akk saya yang dah nak berlangsung.. Then, masuk jer blog nie dah di'TAG' by kak Irah..hehe :)


Question 1: What were you doing 5 years ago?

5 years ago? Saya baru naik form 1.. Bertukar2 dari satu sekolah ke sekolah yang lain.. Alasan?? hehehe.. Tak nak stay kat hostel..hik3 :)


Question 2: What are the 5 things on your to-do list today?

1. Teman akak gi shopping keperluan kenduri..
2. Gi ATM amik duit..
3. Beli lauk-pauk tuk umah..
4. Tengok TV cite best2..
5. Pg CC check blog..hehe :)

Question 3: What are the 5 snacks that you enjoy?

1. Kerepek pisang
2. Kerepek ubi kentang
3. Semua jenis coklat.
4. Muruku
5. twisties.. mesti mau..:)

Question 4: What are the 5 things that you would do if you were a billionaire?

1. Baiki umah coz umah sekarang nie de macam2 problem..
2. Beli tanah sebidang as pelaburan masa hadapan..
3. Bawak parent and family gi umrah..gi ziarah tempat2 menarik kat dalam dan luar negara.
3. Derma pada yang memerlukan
4. Buka company yang menjalankan pelbagai perniagaan yang dapat membantu org ISLAM.. Such as kilang makanan halal.. fast food restaurant.. butik.. theme park.. supermarket.. macam2 ar yang sekarang nie dah dimonopoli oleh orang bukan ISLAM..

Question 5: What are the 5 jobs you've had?

1. Baby sitter..:)
2. Pelukis mural..
3. Guru dan ustaz yg tak bertauliah..
4. Translator..he3
5. As school prefect.. yeah..

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, December 16, 2008

~Kerana Cinta: Islamic Novel~



SINOPSIS

KERANA CINTA


Amiratul Asyura, secantik nama dan seindah peribadinya.
Punyai impian cinta yang begitu tinggi.
Hatinya belum hadir untuk si jejaka yang menantikan cintanya.
Cintanya hanya pada Illahi kerana dia pernah merasai keperitan
dan kepahitan cinta manusia. Merasakan diri amat terhina
hanya kerana sekumit dosa yang lalu.
Rahsianya begitu utuh di dalam diri.

Baginya cinta pada manusia hanya melalaikan di saat
diri masih lagi seorang pelajar. Noktah hitam semalam
takkan terpadam dari ingatannya. Tanpa diduga bayangan
cinta muncul di hadapannya kini. Lantas, Syura
cuba menepis satu persatu agar dirinya
tidak lemas di dalam lautan khayalan.
Bersama rakan karibnya Shima, Syura belajar erti
kehidupan yang lebih sempurna. Shima juga banyak
memberikan nasihat dan dorongan kepadanya.
Shima membantu Syura untuk melupakan kisah lalu dan membuka kisah yang baru.
Kerana cinta pada Illahi, Syura sanggup mengorbankan cinta duniawi.
Dalam mendamba cinta Nya, Allah telah menghadirkan
seorang lelaki untuk menguji keimanan dan kelembutan hati seorang wanita.
Pertemuan secara tidak sengaja di perpustakan
telah melahirkan bibit cinta lelaki itu pada Syura.

Tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara
begitu menggembirakan Syura kerana itu adalah cita-citanya.
Namun, tika bahagia melewati, kesedihan menerpa dan
sekaligus dia dihampap sejuta bebanan.
Kematian ibu di saat Syura amat memerlukannya menyebabkan
dia terperangkan antara cita-cita dan tanggungjawab.
Akhirnya, keputusan telah dibuat, Syura mengorbankan
cita-cita demi tanggungjawab pada adik-adiknya.
Kehadiran lelaki itu setelah cinta pertama ditolak
menambahkan lagi bebanan Syura. Pelbagai usaha telah
dilakukan oleh lelaki itu untuk memiliki hati Syura.
Adakah lelaki itu berjaya menambat hati Syura?
Mungkinkah Syura membuka sedikit ruang hatinya untuk menerima cinta lelaki itu?
Hayatilah novel Kerana Cinta kerana anda akan disajikan dengan makna sebenar sebuah CINTA…

p/s : novel lama..tapi baru jumpa balik coz dulu kawan kasi hilang..huk2..

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, December 14, 2008

~:Rahsia Bulan Kelahiran Anda:~


RAHSIA BULAN ANDA DILAHIRKAN BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN
DATO' FADZILLAH KAMSAH


JANUARI
• bercita-cita tinggi dan orangnya serius • suka mendidik dan dididik • sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik • rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan • suka smart, kemas dan teratur • bersifat sensitif , berfikiran mendalam • pandai mengambil hati org lain • pendiam kecuali telah dirangsang • agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi • mudah mendisiplinkan diri sendiri • badannya sihat tetapi mudah diserang selsema • bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya • cukup sayang pd kanak-kanak • suka duduk rumah • setia pada segala-galanya • perlu belajar kemahiran sosial • cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
• berfikiran abstrak • sukakan benda yang reality dan abstrak • inteligent, bijak dan genius • berpesonality yg mudah berubah • mudah menawan org lain • agak pendiam. Pemalu dan rendah diri • jujur dan setia pd segalanya • keras hati untuk mencapai matlamat • tidak suka dikongkong • mudah memberontak apabila dikongkong • suka kegiatan yg lasak • emosinya mudah terluka dan sgt sensitif • mudah mempamirkan marahnya • tidak suka benda yg remeh-temeh • suka berkawan tapi kurang mempamerkannya • sangat berani dan suka memberontak • bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya • pemerhatian yg tajam • suka hiburan dan sukan • suka benda yg bersifat seni • sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran • berkecenderungan pd benda yg tahyul • amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros • belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
• berpesonaliti yg menarik dan menawan • mudah didampingi • sgt pemalu dan pemendam rasa • sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati • sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran • suka pada kedamaian • sgt peka kepada orang lain • sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain • tidak cepat marah dan sangat amanah • tahu balas budi dan tahu kenang budi • pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam • kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal • suka berangan-angan • suka melancong • sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi • kelam kabut dalam memilih pasangan • suka dgn hiasan rumahtangga • punya bakat seni dalalm bidang muzik • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik • jgn terlalu moody.

APRIL
• sgt aktif dan dinamik • cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal • sgt menarik dan pandai manjakan diri • punya daya mental yg sangat kuat • suka diberi perhatian • sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org • sgt berani dan tiada perasaan takut • suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah • emosi cepat terusik • try control the emotion • kecenderungan bersifat dendam • agresif, kelam kabut utk membuat keputusan • kuat daya ingatan • gerak hati yg sangat kuat • pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain • berpenyakit disekitar kepala dan dada • sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
• kekerasan hati & degil • kuat semangat & bermotivasi tinggi • pemikiran yg tajam • mudah marah apabila tidak dikawal • pandai menarik hati org lain & menarik perhatian • perasaan yg amat mendalam • cantik dr segi mental & fizikal • tidak perlu dimotivasikan • tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain • mudah dipujuk • bersikap sistematik (otak kiri) • suka berangan • kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu • bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit • daya khayalan yg tinggi • permikiran yg tajam • pandai berdebat • fizikal yg baik • kelemahan sistem pernafasan • suka sastera,seni & muzik serta melancong> • tidak berapa suka duduk dirumah • tidak boleh duduk diam • tidak punya ramai anak • rajin dan bersemangat tinggi • agak boros

JUN
• berfikiran jauh & berwawasan • mudah ditawan krn sikap baik • berperangai yg lemah lembut • mudah berubah sikap,perangaiidea @mood • idea yg terlalu banyak dikepala • bersikap sensitif • otaknya aktif (sentiasa berfikir) • sukar melakukan sesuatu dgn segera • bersikap suka menangguh-nangguh • bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik • cepat marah & cepat sejuk • suka bercakap & berdebat • suka buat lawak & bergurau • otaknya cerdas berangan-angan • mudah berkawan & pandai berkawan • org yg sangat tertib • pandai mempamerkan sikap • mudah kecil hati • mudah kena selsema • suka berkemas • cepat rasa bosan • sikap terlalu memilih & cerewet • kurang mempamerkan perasaan • lambat nak sembuh apabila terluka hati • suka kepada barang yang berjenama • mudah menjadi eksekutif • kedegilan yg tidak terkawal • sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
• Sangat seronok didamping • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki • Agak pendiam kecuali diransang • Ada harga dan maruah diri • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan • Mudah dipujuk dan bercakap lurus • Sangat menjaga hati orang lain • Sangat peramah • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya • Berjiwa sentimental • jarang berdendam • mudah memaafkan tapi sukar melupakan • tidak suka benda remeh-temeh • membimbing cara fizikal dan mental • sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang • layanan yg serupa dgn semua orang • tinggi daya simpati • pemerhatian yg tajam • suka menilai org lain dgn pemerhatian • mudah dan rajin belajar • suka muhasabah diri • suka megenangkan peristiwa atau kawam lama • suka mendiamkan diri • suka duduk dirumah • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan • tak agresif kecuali terpaksa • lemah dari segi kesihatan perut • mudah gemuk kawal tak kawal diet • minta disayangi • mudah terluka hati tapi lambat pulih • terlalu mengambil berat • rajin dalam membuat kerja

OGOS
• suka berlawak • mudah tertawan kepadanya • sopan santun dan caring terhadap org lain • berani dan tidak tahu takut • orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan • pandai pujuk org lain • terlalu pemurah & bersikap ego • nilai harga diri yg sangat tinggi • dahagakan pujian • semangat juang yg luar biasa • cepat marah & mudah mengamuk • mudah marah apabila cakapnya dilawan • sangat cemburu • daya pemerhatian yg tajam & teliti • cepat berfikir • fikiran yg berdikari • suka memimpin & dipimpin • sifat suka berangan • berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat • sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk • cepat apabila ditimpa penyakit • belajar utk relax • sikap kelam kabut • romantik ,pengasih,penyayang • suka mencari kawan

SEPTEMBER
• sangat bersopan santun & bertolak ansur • sangat cermat,teliti & teratur • suka menegur kesilapan org lain & mengkritik • pendiam tapi pandai bercakap • sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati • sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur • kerja yg dilakukansangat sempurna • sangat sensitif ygtidak diketahui • org yg banyak berfikir • daya pentaakulan yg baik • otak bijak & mudah belajar • suka mencari maklumat • kawal diri dari terlalu mengkritik • pandai mendorong diri sendiri • mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia • suka sukan,hiburan & melancong • kurang menunjukan perasaannya • terluka hatinya sangat lama disimpan • terlalu memilih pasangan • sukakan benda yg luas • bersistematik

OKTOBER
• suka sembang • suka org yg sayang padanya • suka ambil jln tengah • sangat menawan & sopan santun> • kecantikan luar & dalam • tidak pandai berbohong & berpura-pura • mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan • sentiasa berkawan • hatinya mudah terusik tetapimerajuknya tak lama • cepat marah • macam pentingkan diri sendiri • tidak menolong org kecuali diminta • suka melihatdari perspektifnya sendiri • tidak sukaterima pandangan orglain • emosi yg mudah terusik • suka berangan & pandaibercakap • emosi yg kelam kabut • daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) • suka melancong,bidang sastera & seni • pengasih ,penyayang & lemah lembut • romantik dlm percintaan • mudah terusik hati & cemburu • ambil berat tentang org lain • suka kegiatan luar • org yg adil • boros & mudah dipengaruhi persekitaran • mudah patah semangat

NOVEMBER
• banyak idea dalam perkara • sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya • berfikiran kehadapan • berfikiran unik dan bijak • penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa • pemikiran yg tajam • daya firasat yg sgt halus dan tinggi • bagus utk jadi doktor • cermat dan teliti • personality dinamik • sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia • banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra • berani, pemurah setia dan byk kesabaran • terlalu degil dan keras hati • apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya • tak suka marah kecuali digugat • mudah ambil berat terhadap orang lain • pandai muhasabah diri • cara berfikir lain dari org lain • otak yg sangat tajam • pandai mendorong diri sendiri • tidak hargai pujian • kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya • badan yg tough • kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam • romantik • tidak pasti dgn hubungan kasih sayang • suka duduk dirumah • sangat rajin dan berkemampuan tinggi • amanah, jujur setia dan pandai berahsia • tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi • bercita-cita tinggi • perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
• Sangat setia dan pemurah • Bersifat patriotik • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa • Bercita-cita tinggi • Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi • Seronok didampingi • Suka bercampur dgn org • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai • Sangat jujur amanah dan bertolak ansur • Tidak pandai berpura-pura • Cepat marah • Perangai yg berubah-ubah • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi • Benci pada kongkongan • Suka berlawak • Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

[+/-] Selengkapnya...

~Sekadar Renungan...~

[+/-] Selengkapnya...

Friday, December 12, 2008

:Tazkirah dan Doa:


[+/-] Selengkapnya...

:TemAn Rakan SEtuTORiaL KMK sem 1 '08:

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, December 6, 2008

~SalAm EidulAdha~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, December 2, 2008

~Lirik Lagu-Lagu Pilihan~


EKSPLORASI
Album : Koleksi 16 Lagu Nasyid Terbaik Far East
Munsyid : Far East feat. Inteam
Lagu: Fadzli Far
EastLirik : Ito Lara

Telusuri maknawi menjejak hakiki
Amanah suci khalifah di bumi
Jelajahi duniawi menuju ukhrawi
Amalan murni mengadap Ilahi

Eksplorasi diri membaca zahiri
Menyingkap realiti yang tersembunyi
Eksplorasi hati mengungkai nubari
Cerminan peribadi bias tulus budi

bertemu berpadu dalam di dalam restu
Berkias bermadah dalam santun ilmu
Berpautkan iman tenteram aman
Bersandarkan rahmat sentosa selamat

Bukan mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi
Tanpa hadir gerimis dan sinar mentari
Yang mengiringi

Bukan mudah memiliki mutiara kasih
Tanpa diselami lubuk hati nurani
Ke dasar rasa yang paling dalam

CAHAYA CINTA
Munsyid : UNIC

Desiran angin yang bertiup
Membawa bersama khabaran rindu
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan cintaku padanya

Cintamu tulus setia
Kasihmu tiada tara
Bertakhta buat selamanya
Di tugu kasih dan sayang

Kau ukirkan keimanan
Moga bertemu keredhaan
Gemilang cahaya cinta
Kemilau pancawarnanya
Bagaikan kejora
Kudus sinarannya mendamai jiwa

Apakah kan ku temui
Insan semulia pekerti
Setandingmu kasih
Di alam semesta yang fana ini

Ku serahkan kepada Tuhan
Sebuah harapan bernama doa
Membisikkan kata-kata
Menjelmakan rinduku padanya
Kepadanya...

Semoga kan menyala api cinta setia
Terus membara selamanya
Cahaya cinta kekasih Allah
Sinarannya buat semua

DUSTA BERKALANG
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fedtri Yahya
Artis: Aiman
Hakcipta: Arteffects Production

Semua yang nista
Semua yang dusta
Tidakkan bertahan
Tidakkan tersimpan

Jadi debu berhamburan
Mencari mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisahnya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati

Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa

Jadi debu berhamburan
Mencari mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisahnya

Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu
Hanyalah puraan
Di alam khayalan

Jadi debu berhamburan
Mencari mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisahnya

Dalam ombak hidup
Kita yang layari
Jangan kau tenggelam

Di arus masa
Harus kau kemudi
Pulang ke hakiki...

[+/-] Selengkapnya...

:'Pesta' Walimatul Urus..:



Assalamualaikum wbt..

Bulan November dan Disember nie memang meriah..
Meriah dengan 'pesta' kenduri-kendara...
Time nie la pakat-pakat nak wat kenduri kahwin..kenduri arwah...
Maklumlah school holiday..
Setakat nie baru pegi 2-3 buah rumah kenduri...eventhough kad jemputan berlambak2 kat umah.. nak gantung wat cam kad hari ghaya pon boleh...
Emm.. seronok tengok aktiviti kat umah kenduri... A day before walimah... macam2 aktiviti ada..

Kaum wanita pakat2 bersiang bawang (merewang)... Kaum lelaki pulak ada yang set up khemah..
clean and clear kawasan rumah...
Satu kampung turun..memang meriah... macam ada pesta pulak...
Anak-anak berlari sana sini.. memeriahkan aktiviti di petang sebelum kenduri...
Bab Walimah pulak... macam2 stail ada...
ada yang wat sederhana..dan ada yang wat 'wedding of the year' lah.. 'wedding of decade' lah..
Ikut kemampuan... lagi pun yang wajib hanya akad nikah nya...
Pengantin2 berpakaian indah... Maklumlah raja sehari....
Namun jangan dilupakan batas2 berpakaian... janganlah dedah sana-sini even dah jadi 'raja sehari'.. Menutup aurat tue penting.. Kesempurnaan yang tiada tandingannya....
Walimah nie jgak dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama saudara..
Kemeriahannya dirasai seluruh sanak-saudara dan masyarakat kampung...
Yang jauh pulang ke desa... yang dekat berkunjung mesra.. Memeriahkan acara....
Apa2 pon bagi yang akan mendirikan 'masjid'.. diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU..
Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Barakallahufik....

[+/-] Selengkapnya...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com