Sunday, March 14, 2010

Ayuh Solat Dhuha!

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.

Alhamdulillah, lama penulis tidak menulis apa-apa di halaman blog ini. Moga-moga pembaca-pembaca sekalian masih terus mengunjungi blog yang serba dhoif ini. Apa khabar antum wa atunna sekalian? Moga masih diberkati Allah. Kali ini penulis nak berkongsi serba sedikit tentang solat dhuha.

Sabda Nabi Muhammad saw yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra dalam hadis:
Ertinya:"Siapa saja yg dapat mengerjakan Solat dhuha dgn kekal, akan diampunkan dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu sebanyak busa lautan"

Sabda Rasulullah:"Berpaga-pagi tiap2 anggota dari seorang kamu boleh menghasilkan sedekah. Maka tiap2 tasbih sedekah, tiap2 tahmid sedekah, tiap2 tahlil sedekah, tiap takbir sedekah, menyuruh orng berbuat baik sedekah, melarang orng buat jahat sedekah dan memadalah dari semua itu semua oleh dua rakaat yg kami solat dhuha."

Terdapat pelbagai cara dalam perlaksanaan solat dhuha. Ia tidak terbatas kepada beberapa rakaat sahaja. Solat dhuha boleh dilaksanakan secara 2 rakaat hingga 8 rakaat.Solat ini boleh dilakukan bermula terbit mata hari sehingga matahari berada ditengah-tengah langit ataupun bermula pukul 8.00 pg sehingga 12.00 tengahri.

Niat solat dhuha adalah seperti berikut;

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

dan diakhiri dengan doa solat dhuha.

Maksudnya:

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."

Apa-apa pun, bacaan ketika solat dhuha adalah tidak terbatas untuk surah-surah tertentu namun adalah digalakkan untuk membaca beberapa surah ketika melaksanakan solat dhuha. Biasanya surah-surah yang dibaca adalah berdasarkan rakaat-rakaat nya seperti rakaat pertama membaca surah as-shams dan rakat kedua membaca surah ad-dhuha ataupun dirakaat pertama membaca surah al-kafirun dan rakaat ke dua surah al-ikhlas. Walaubagaimana pun, alasan tidak menghafal surah-surah ini bukan lah menjadi satu halangan untuk anda tidak mengamalkannya. Banyak lagi surah-surah di dalam kitab suci al-Qurab yang boleh ada baca.

Istiqomah dan keikhlasan hati perlu menjadi ramuan utama di dalam melaksanakan solat sunat dhuha. Saya sendiri pon kadang-kadang terlepas juga dalam memperlaksanakan solat dhuha ini di atas kesibukan namuan saya sedar kesibukan yang ada bukan penghalangnya. Sebagai pelajar, solat dhuha ini lah yang harus menjadi amalan di dalam kehidupan seharian. Mengambil contoh beberapa orang pelajar-pelajar cemerlang, istiqomah dalam melaksanakan solat sunat dhuna adalah di antara ramuan kejayaan mereka. InsyaAllah, saya berharap agar selepas ini dapat lebih beristiqomah dalam melaksanakan solat dhuha. Amin ya rabb.

[+/-] Selengkapnya...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com