Wednesday, April 15, 2009

Salam Imtihan

Assalamualaikum wbt.

Ape khabar semua? Lame tak menjengah ke blog ni. Maklumlah banyak lagi urusan yang dilakuukan di samping sekarang nie lebih suka menulis di dalam diari sendiri.
Di kesempatan ini, saya nak ucapkan salam imtihan kepada semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester 2 08/09. Semoga kejayaan bakal menyusuri kita nanti. InsyaAllah..

Sebenarnya, banyak yang ingin dicoretkan pada entry kali ini. Kerinduan nak menulis blog semakin meronta-ronta. Almaklumlah, sebelum ini tidak ada benda yang menarik yang ingin dikongsikan.

Emmm.. bila peperiksaan semakin tiba, kita dapat lihat perpustakaan yang selama ini legang, sudah dipenuhi dengan puluhan pelajar yang ingin mengulangkaji pelajaran dan tak kurang juga ada yang baru nak mula belajar. Barulah kelam-kabut mencari nota-nota, latihan-latihan tutor. Takpelah, asalkan ada niat juga nak belajar. Tapi harap betulkan semula niat kita nak belajar.. Belajarlah demi ilmu bukan demi peperiksaan.

Minggu ulangkaji atau istilah study week memang sinonim dengan 'Minggu Balik Kampung'.. Waktu inilah ramai pelajar ambik kesempatan untuk pulang ke kampung. (termasuk saya endiri..hehehe)Macam-macam alasan yang diberikan. Nak tahu alasan saya?? Sebenarnya memang saya tidak boleh belajar di hostel. Di hostel ada ramai kawan-kawan. Jadi, bila nak bukak je buku ada saja kawan yg datang ajak bersembang.
Jadi, kat rumah memang takde siapa. Tapi kadang2 ada jugak gangguan. Gangguan TV, radio.. Yang paling utama adalah gangguan DAPUR. Tiap kali nak study, mesti perut lapar. Pegi dapur cari makanan. Saya kalau makan, bukan 5-6 minit je..tapi hampir setengah jam. Makan dengan berhati-hati..hehehe..

Hari isnin nie, imtihan bermula. Takut pon ada. Rasanya saya tak ready 100% lagi. Baru half je kot. Tapi insyaAllah, saya akan cuba cover secepat mungkin. Doakan saya agar sempat habiskan ulangkaji saya yer.. Sampai disini dulu entry saya kali ini. Moga kita sama2 diberkati dan diredhoi Allah. Biltaufik wannajah fil imtihan..

Assalamualaikum wbt.

0 comments:

Template by : kendhin x-template.blogspot.com