Friday, January 30, 2009

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada

5) Lelaki yang baik sangka

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

( Surah Al-Ahzab: Ayat 71 ) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, January 21, 2009

Jom Boikot


Jom! Sertai Deklarasi Komuniti Teman Inteam


kepada pembaca semua.. apa tunggu lagi.. marilah kita memboikot barang-barangan buatan Amerika dan Israel bagi melumpuhkan ekonomi mereka dan sebagai peringatan bahawa jangan sesekali mempermainan umat Islam.

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, January 10, 2009

Ya Allah..Selamatkan Palestin..!!



Detik demi detik.. jam demi jam.. hari demi hari.. minggu demi minggu..
Palestin terus di bedil oleh rejim Zionis...
Kekejaman kian bermaharajalela....
Kematian ada di mana-mana...
Anak-anak.. orang tua.. wanita.. dibunuh bagai tiada keperikemanusiaann...
Lebih 800 penduduk Palestin telah terbunuh dan 3,000 lagi cedera akibat kekejaman serangan Israel laknatullah...

Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil menggoncangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawaban

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan



Ayuhlah kita seluruh umat Islam sedunia... Menadah tangan memohon doa kepada Allah s.w.t serta menghulurkan tangan memberi bantuan.. agar Palestin dapat kembali berdiri... Mengalahkan musuh yang selama ini membedil....menyerang dan membunuh saudara kita di sana....

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, January 7, 2009

A Story from UiTM

Bismillahirahmanirrahm..
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, selepas lama tak online..finally dapatjugak menjengah kat blog nie.. Kalian semua apa khabar??? Sebenarnya dah dua minggu saya berada di Universiti Teknologi Mara kampus Kedah.. Dah dapat kawan-kawan baru.. Stakat nie semuanya berjalan dengan baik.. Coursemate semuanya ok2 blaka... Yang paling best lecture2 kat sini semua sporting habis.. Kiranya proses P&P dapat berjalan dengan mudahnya...
Beban sebagai pelajar IPT nie tak la jauh beza dengan di matrikulasi.. Cumanya, kat matrik masih lagi ada peraturan2 dan undang2 yg pelajar mesti patuh seperti keluar outing... tp kat IPT nie quite bebas la... Namun, kena pandai2 la jaga diri.. jangan sampai terleka dan lalai dengan tujuan sebenar iaitu untuk mencari ilmu Allah sebagai harta di dunia.. Kat UiTM nie, saya amik jurusan undang-undang. Memang minat saya la... tapi.. Takpe, lupakan jer.. Mmg ada yang susah dan yang senang... Semuanya kena blajar dr mula la.. Bak kata pepatah english

'Journey for a thousand miles, begin with a single step'
.. Doakan kejayaan saya yer... Moga saya dapat survive kat sini..

[+/-] Selengkapnya...

Template by : kendhin x-template.blogspot.com